No posts.
No posts.

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH (MULA HINGGA KINI )

Sekolah Kebangsaan Inas telah ditubuhkan secara formal pada Tahun 1907.Pada masa itu ia dikenalai dengan nama Sekolah Umum Inas.keadaan bangunan sekolah pula serba kekurangan pada waktu itu.Ia merupakan bangunan papan dan kayu beratapkan rumbia dan pelajar belajar di atas bangku panjang.guru Besar pertamanya ialah Cikgu Itam b Abdullah yang bertugas dari Tahun 1907 hingga 1909.Selepas Cikgu Itam bersara, tempatnya diganti oleh Cikgu Amin b Serul dari Tahun 1910 hingga 1911.

Dari tahun ke tahun sekolah Kebangsaan Inas berkembang dengan bilangan pelajar yang bertambah.Oleh itu, sebuah bangunan lain telah didirikan bagi menampung bilangan pelajar.Bangunan bertiang batu dan berlantaikan papan dan menggunakan atap genting.

Oleh sebab pertambahan pelajar sebuah lagi bangunan sekolah telah didirikan.Ia mengandungi 8 buah bilik darjah dan sebuah pejabat.Bangunan sekolah ini dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pembangunan Luar Bandar Persekutuan Tanah Melayu pada 7 Disember 1962 bersamaan hari Sabtu.

Pada 12 November 1980, sebuah lagi bangunan sekolah iaitu bangunan 2 tingkat telah didirikan oleh kerajaan.Tapak bangunan sekolah bertiang batu telah dirobohkan.Bangunan ini mengandungi 4 buah bilik darjah, sebuah stor dan sebuah pejabat.Bangunan tersebut kekal digunakan hingga sekarang.

Sekolah Kebangsaan Inas telah banyak berjasa kepada ramai penduduk kampong ini kerana ia menjadi asas kejayaan anak-anak kampong ini yang telah Berjaya dan mencipta nama pada hari ini

SENARAI GURU-GURU BESAR SEK.KEB.INAS

BIL

TARIKH

NAMA GURU BESAR

1.

1907-1909

En Itam b Abdullah

2.

1910-1911

En Amin b Serul

3.

1912-1916

En Abd.Majid b Amin

4.

1917-1918

En Ahmad b Daman

5.

1919-

En Md Yassin b Baba

6.

1919-1923

En Abd Aziz b Pais

7.

1924-

En Md Yasin b Kulup

8.

1924-1925

En Md Yusof b Buruk

9.

1926-

En Md Ali b Hj Saleh

10.

1926-1935

En Abu Hasan b Akin

11.

1936-

En Shamsudin b Gemok

12.

1937

En Bador b Bidin

13.

1938-1940

En Ab Majid b Pandak

14.

1941-1942

En Md Yusof b Mek

15.

1943-1944

En Abd Ghani b Samad

16.

1945-1947

En Maarof b Ahmad

17.

1948

En Shamsudin b Gemok

18.

1948-1958

En Md Yusof b Mek

19.

1959-

En Md Yasin b Ali

20.

1960-1974

En Layar b Atong

21.

1975-1978

Hj Shari b Abdullah

22.

1978-1983

Hj Md Isa b Ab Manap

23.

1983-1985

En Azis b Md Arif

24.

1986-1987

En Nordin b Ismail

25.

1987-1993

En Ahmad b Roslan

26.

1993-1995

En Ab Jalil b A.Samad

27.

1995-2007

En Mazlan b Sulaiman BKT,PJK

28.

2007-sekarang

Pn Hjh Halimaton bt Mansor